PUTRAJAYA – AIROD Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama bersama BAR Aviation bagi melaksanakan proses menyelenggara pesawat jenis L100 di Uganda, melibatkan nilai projek sebanyak AS$1.5 juta (RM7 juta).
Menurut kenyataan dikeluarkan AIROD, jalinan kerjasama itu mempamerkan usaha perkongsian antara kedua-dua syarikat bertujuan meningkatkan operasi pesawat L100 di rantau Afrika Timur.
Katanya, AIROD yang merupakan sebuah syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) ditugaskan membawa kepakaran ke sana, yang disertai seramai 11 pekerja profesional.
“Pasukan Perkhidmatan Global (GLS) kami menyasarkan untuk menetapkan piawaian baharu dalam perkhidmatan penyelenggaraan penerbangan.
“Pasukan juga bersemangat dalam kerjasama ini dan menekankan kepentingan strategik untuk menggabungkan kepakaran serta sumber bagi memastikan kerjasama itu berjaya,” katanya hari ini.
GLS ialah unit khusus dalam AIROD yang menyediakan perkhidmatan lapangan untuk pesawat Hercules C-130/L100 di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: