Site icon Kool FM

Aisar Khaled Dilapor Polis Indonesia, Didakwa Melanggar Kontrak Pelaburan RM1.3 Juta


Kecoh baru-baru ini apabila nama pempengaruh tempatan yang cukup dikenali ramai, Aisar Khaled, secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat.

Namun kali ini, ia bukanlah tentang konten tular atau perniagaan baharunya, sebaliknya berita kurang enak yang bertiup dari negara jiran, Indonesia.

Berdasarkan laporan terkini, Aisar kini sedang berdepan dengan satu kontroversi besar yang melibatkan dakwaan penipuan wang pelaburan dan pelanggaran kontrak.

Dakwaan Melibatkan Angka Jutaan Ringgit

Kisah ini mula mendapat liputan meluas apabila Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya, atau lebih mesra dipanggil Polda Metro Jaya, mengesahkan telah menerima satu laporan rasmi yang memetik nama pempengaruh tersebut pada Isnin lalu.

Perkara yang paling menarik perhatian warganet semestinya jumlah wang yang didakwa terlibat dalam kes ini. Nilainya dianggarkan sekitar 5.7 bilion rupiah. Jika ditukarkan kepada mata wang kita, nilainya mencecah kira-kira RM1.3 juta….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version