Perkongsian penyanyi Aisha Retno di media sosialnya mengenai hadiah buat dirinya telah menarik perhatian ramai apabila dia memilih mikrofon buatan khas sebagai simbol perjalanan seninya sepanjang lapan tahun dalam industri muzik.
Artikel Berkaitan: ‘Percaturan Allah Itu Indah’ – Aisha Retno Syukur ‘Jodoh Lebaran’ Meletup Selepas Ujian Konsert Dibatalkan
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mahu Hadiri Sesi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical – ‘Tak Salah Mencuba’
Selepas 8 tahun

Menerusi perkongsian di Threads, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkongsi bahawa segala cabaran yang ditempuh sepanjang tempoh tersebut akhirnya membawa kepada satu momen yang cukup bermakna.
Hadiahkan diri sendiri dengan sebuah mic custom-made selepas 8 tahun berada dalam industri ini.
InsyaAllah saya masih terus melangkah.
Segala cabaran, jatuh bangun, air mata, keringat, serta setiap momen kecil yang membahagiakan, semuanya berbaloi untuk dihimpunkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: