Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Aiskrim Mokti’s dapat sambutan di Sungai Dua

today17 December 2021

Background


GEORGE TOWN – Pasangan beradik kembar memilih perniagaan aiskrim gula apong di bawah jenama Mokti’s dengan membuka sebuah premis berkonsep kafe dalam taman berdekatan Sungai Dua berhampiran kampus Universiti Sains Malaysia.

Outlet tersebut merupakan cawangan ke-59 Mokti’s di seluruh negara yang menawarkan aiskrim gula apong yang berse­suaian dinikmati semua peringkat umur.

Pemilik cawangan baharu itu, Mohd. Hilmi Mahmud bersama adik kembarnya, Mohd. Zaidi berkata, sambutan yang diterima daripada pelanggan khususnya komuniti setempat agak memberangsangkan yang mana dalam tempoh 24 jam ia mula dibuka, lebih daripada 500 pelanggan berkunjung ke premis tersebut.

“Orang ramai suka makan aiskrim gula apong yang dijual pada harga antara RM3 hingga RM13 sebekas.

“Kami juga menawarkan tiga menu signatur aiskrim Mokti’s iaitu Apong Honeycomb, Apong Baby Bob dan Apong Asli,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Selain itu, Mohd. Hilmi menjelaskan, lebih daripada 40,000…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

AirAsia mula penerbangan ke Phnom Penh 26 Januari

PETALING JAYA – Pengumuman perjalanan tanpa kuarantin baharu oleh kerajaan Kemboja pada 15 November lalu untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong dari mana-mana negara yang telah divaksin sepenuhnya telah membuka peluang bagi AirAsia Malaysia untuk menyambung semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh mulai 26 Januari ini. Jadual dua penerbangan ming­guan pergi balik dari Kuala Lumpur itu adalah pada setiap hari Rabu dan Ahad. Mulai sekarang, pelanggan boleh menempah penerbangan mereka […]

today17 December 2021