Pasangan pempengaruh dan usahawan Aisyah Hijanah dan Alif Teega dibawa ke mahkamah dengan tangan mereka bergari memakai baju lokap SPRM.
Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan tahanan reman.
Permohonan tahanan reman itu adalah untuk siasatan ke atas dakwaan salah laku penyelewengan dana kutipan derma awam.
Aliff dan Aisyah baru baru ini berdepan dengan kritikan daripada netizen berikutan ada pihak viralkan pendedahan bahawa mereka berdua telah menyeleweng dana hasil kutipan derma yang mencecah jutaan ringgit – yang didakwa tidak disalurkan dengan betul.
Mereka dikatakan tidak transparen dalam pengurusan dana tersebut termasuk mengambil wang komisyen 20% daripada kutipan tersebut.
Alif Teega sebelum ini sudah tampil membuat penafian di akaun media sosial miliknya. Namun penjelasannya masih tidak boleh diterima oleh ramai pihak.
Pasangan suami isteri itu diwakili oleh peguam Abd Rahim Ali yang menegaskan bahawa anak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
