
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memantapkan pasukan selepas mengumumkan kehadiran penyerang berbisa kelahiran Bosnia, Ajdin Mujagic.
Perkembangan terkini itu disahkan laman sosial rasmi kelab tersebut, JOHOR Southern Tigers menerusi satu video pengenalan pemain yang dimuatnaik sebentar tadi.
Ajdin Mujagic Kini Milik JDT
Mujagic bukan asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila sebelum ini menyarung jersi Sabah dengan meledakkan 18 gol dalam 22 perlawanan musim 2025/26.
Empat jaringan yang dihasilkannya ketika aksi bertemu Selangor telah membawa Sabah mara ke perlawanan akhir Piala FA tempoh hari.
Kehadiran penyerang klinikal berusia 28 tahun itu dijangka menambah dimensi baharu kepada barisan serangan JDT terutamanya dari segi kepantasan, kemahiran individu dan penyudah tepat dalam kawasan penalti.
Malah, ia secara tidak langsung memberikan lebih banyak pilihan buat pengendali pasukan, Xisco Munoz dalam menyusun strategi menentang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: