Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ajinamoto Gyoza, ladu Jepun dengan sijil halal

today12 December 2023

Background


PETALING JAYA – Ajinomoto (M) Berhad (AMB), nama yang dipercayai dalam dunia kulinari baru-baru ini memperkenalkan Ajinomoto Gyoza, iaitu ladu Jepun dengan kombinasi sempurna daging ayam dan sayur-sayuran, dibaluti kulit nipis yang rangup setelah digoreng.

AMB dalam satu kenyataan berkata, selain memberikan rasa gyoza Jepun yang autentik, produk tersebut turut menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, yang mengukuhkan lagi kedudukan AMB sebagai syarikat makanan halal yang dipercayai.

Ajinamoto Gyoza diiktiraf halal oleh Jakim.

“Sama ada digoreng atau dikukus, Ajinomoto Gyoza cepat dan mudah untuk disediakan, dengan tempoh memasak hanya lima minit.

“Untuk rasa terbaik, kami mencadangkan kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit kerana ia adalah kaedah memasak gyoza Jepun yang autentik,” ujarnya.

Ajinomoto Gyoza kini boleh didapati di cawangan Jaya Grocer dan Don Don Donki berdekatan. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Radhi, OAG pilih kerohanian

Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan OAG, Radhi, 46, memaklumkan kini menukar nama OAG kepada Only Allah Great dan akan terarah kepada lagu kerohanian selepas ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 December 2023