Kool FM

Ajinamoto Raya Mestilah ONZ! tawar hadiah RM38,800


PETALING JAYA – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan kempen ‘Raya Mestilah ONZ!’ yang berlangsung dari 14 Februari hingga 15 April 2025 dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM38,800.

Ini termasuk hadiah utama baucar emas bernilai RM6,000, tiga baucar emas RM4,000 bagi tempat kedua, lima baucar emas RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga, kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 untuk 12 pemenang mingguan, serta bonus 500 Smart Points.

Untuk beroleh penyertaan, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM15 bagi mana-mana produk Ajinomoto dalam satu resit, ambil gambar resit tersebut, dan hantar melalui WhatsApp (+6014-914 7118) atau menerusi smartcooking.com.my.

Menurut AMB dalam satu kenyataan, pihaknya turut mengadakan program Pak Aji Terjah Bazar di tiga bazar sekitar Kuala Lumpur.

Penyertaan boleh diperolehi menerusi tiga langkah mudah.

“Pengunjung boleh menyertai kuiz, aktiviti menarik, serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version