Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna berjaya mencengkam emosi penonton dengan keindahan melodi serta vokal Marsha yang memukau.
AJL39 dilaporkan mencatat kejayaan luar biasa dengan 60.1% syer penonton, menjadikannya antara edisi paling popular!
Kejayaan ini turut diperkuat dengan 2.1 bilion capaian di media sosial serta 236 juta jumlah tontonan video, membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia digital. Di samping itu, AJL39 mendapat 150 ribu sebutan di media sosial, dengan 82% sentimen positif, mencerminkan sambutan hangat dan pujian dari peminat.
Platform penstriman utama iaitu Tonton juga mencatat peningkatan 8% dalam jumlah penonton, mengukuhkan lagi status AJL sebagai acara muzik paling berprestij di Malaysia.
Selain itu, ‘Bukan Lagi Kita’ oleh Nadeera Zaini meraih naib juara, sementara ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret menduduki tempat ketiga.
Manakala, Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik menerusi ‘Aura’ dan Aina Abdul…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: