Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Akhirnya, Lama Tunggu’- Netizen Teruja Maggi Tomyam Bersama Pes Kembali Berada Di Pasaran

today28 October 2021

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Masihkah anda ingat rasa Maggi tomyam yang menggunakan pes yang dijual pada satu ketika dahulu? Mesti ada daripada anda yang rindu untuk nikmati Maggi tomyam tersebut, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @blurpppppppppp telah berkongsi gambar Maggi tomyam. Apa yang menarik perhatian adalah, Maggi tomyam dijual dalam pes dan bukannya serbuk.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa teruja kerana Maggi Tomyam menggunakan pes dijual kembali selepas beberapa tahun serbuk mengantikan pes.

Malah, para netizen berharap rasanya akan sama seperti dahulu dimana lebih berminyak dan pedas seperti beli di kedai makan. Bukan itu sahaja, para netizen juga sudah tidak sabar mahu membelinya dan nikmati Maggi tomyam.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post