Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan semua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 melibatkan skuad Harimau Malaya akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula bulan depan.
Artikel Berkaitan:
Beliau juga menegaskan FAM sentiasa mempunyai ‘plan B’ sekiranya SNBJ tidak dapat digunakan disebabkan oleh keadaan padang yang tidak memuaskan.
“Setakat ini kita akan main di SNBJ. Kita sentiasa memikirkan alternatif lain tetapi buat masa ini tiada keperluan lagi,” jelasnya.
Ketika saingan Pestabola Merdeka baru-baru ini, keadaan padang tidak berada di tahap terbaik dan rumput mudah tercabut sekaligus mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan peminat.
Bagaimanapun, Noor Azman berkata pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berjanji keadaan padang akan jadi lebih baik sebelum perlawanan menentang Krygyzstan nanti.
“Kami dijanjikan padang akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
