
BALING – Aksi tangkas komando, latihan kepakaran udara mendebarkan serta pameran aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencuri tumpuan lebih 30,000 pengunjung pada program Tentera Bersama Rakyat di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil di sini.
Program selama empat hari bermula 7 Julai lalu diadakan bersempena Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/1/2026 yang berakhir kelmarin.
Seramai lima pegawai dan 33 anggota lain-lain pangkat yang berjaya menamatkan kursus tersebut dianugerahkan beret hijau.
Kehadiran pengunjung yang memenuhi lokasi program membuktikan masyarakat teruja untuk menyaksikan sendiri kehebatan anggota Tentera Darat menerusi pelbagai latihan kepakaran taktikal.

Selain itu, terdapat pameran statik aset ketenteraan, promosi Askar Wataniah dan aktiviti bersama rakyat yang julung kali diadakan di lokasi tersebut.
Sorakan dan tepukan gemuruh bergema…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: