Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Berita gembira buat peminat bola sepak tempatan kerana TV9 akan menyajikan aksi Liga Super Malaysia ke kaca televisyen anda!
Persaingan Liga Super Malaysia kini berada di pertengahan musim. Memasuki hari perlawanan ke-15, TV9 akan membawa perlawanan antara Terengganu FC yang akan menerima kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Rabu, 10 Ogos, jam 8:45 malam. Saksikan barisan pemain bintang JDT seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi, serta pemain-pemain hebat Terengganu seperti Kpah Sherman, Tchetche Kipre dan Faisal Halim.
“Sebagai peminat tegar bola sepak tempatan, saya cukup teruja dengan perkembangan ini, di mana TV9 akan menyiarkan kandungan sukan yang menarik dan terkini. Kami akan terus memberi ruangan kepada penggemar bola sepak dan rakyat Malaysia untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
