Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Berita baik buat peminat-peminat tegar Manchester United (MU) dan Liverpool, TV9 akan menyiarkan perlawanan pramusim diantara dua kelab tersebut yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada 12 Julai ini jam 8.30 malam.
Perlawanan yang menampilkan dua musuh tradisi, dua musuh yang kaya dengan sejarah dan kejayaan, dua musuh yang membariskan pemain-pemain bintang ternama. Jurgen juga Klopp bakal menjadi yang pertama untuk menguji kemampuan pengurus baharu MU, Erik ten Hag.
Walaupun tanpa khidmat Ronaldo yang masih cuti kerana hal keluarga, MU tetap membawa beberapa pemain hebat seperti David De Gea, Harry Maguire, Wan Bissaka, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Jadon Sacho dan juga Anthony Martial.
Manakala Liverpool turut membawa tonggak utamanya seperti Mohammed Salah, Van Dijk, Jordan Henderson, Thiago, Roberto Firmino, James Milner dan Alisson Becker.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
