Site icon Kool FM

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 berkuat kuasa hari ini


PETALING JAYA – Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 (MSBA 2024), yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan berkuat kuasa bermula hari ini, 1 Ogos 2024.

Pindaan tersebut antara lain memperuntukkan penjara mandatori untuk tempoh tidak lebih 10 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM50,000 bagi pengendali perniagaan perkhidmatan wang (MSB) yang haram; serta penerangan yang lebih jelas berhubung kesalahan bersubahat dengan pengendali haram.

Ia juga memperuntukkan takrifan perniagaan kiriman wang dan skop bukti lebih jelas untuk digunakan bagi mendakwa pengendali haram; serta tindakan pentadbiran, dan bukan tindakan undang-undang, yang perlu diambil oleh BNM terhadap kesalahan operasi oleh pemegang lesen MSB, selaras dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih setara dengan tahap keseriusan kesalahan.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pindaan pada MSBA akan memperkukuh keupayaannya untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berkesan terhadap…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version