Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aktiviti Pelancongan, Sukan & ‘Dine-In’ Kini Dibenarkan Di Negeri Dalam Fasa 2

today8 August 2021

Background


Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) sahaja DIBENARKAN.

Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Sementara itu, bagi aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.

Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post