PETALING JAYA – Pengilang pakaian sukan, PCCS Group Berhad (PCCS) mencatat untung bersih sebanyak RM15.31 juta bagi suku pertama tahun kewangan 30 Jun 2022, pertumbuhan kira-kira 14 kali lebih tinggi berbanding RM1.1 juta tahun kewangan sebelumnya.
Pengarah Urusannya David Chan Wee Kiang berkata, keuntungan tersebut disumbangkan daripada penjualan anak-anak syarikat, Mega Label (Malaysia) Sdn Bhd (MLM) dan Mega Label (Pulau Pinang) Sdn Bhd (MLP), berjumlah RM8.3 juta.
Untuk suku pertama sehingga 30 June 2022, hasil menyaksikan lonjakan 70.15 peratus daripada RM99.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ini disebabkan oleh tempahan kukuh pakaian di Kemboja yang kembali selepas perniagaan dibuka semula.

“Senario paling buruk kini berada di belakang kami. Kami secara konservatif yakin dengan prospek kami bergerak ke hadapan dengan sekatan Covid ditarik balik di seluruh dunia.
“Apabila maraton, perlawanan bola sepak dan triatlon di seluruh dunia dibuka semula, segmen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: