
Sambutan Hari Raya Aidilfitri sering dianggap perlu diraikan dengan meriah di dalam masyarakat kita, tetapi realitinya ramai terlupa untuk mengukur baju di badan sendiri.
Inilah senario yang dihadapi oleh seorang individu yang menceritakan bagaimana ahli keluarga sendiri sanggup meminjam wang demi memenuhi kehendak untuk pulang beraya di kampung isterinya.
Lelaki itu berkongsi baru-baru ini telah menerima beberapa pesanan menerusi WhatsApp daripada adiknya pada tengah pagi yang berhajat meminjam sejumlah RM1,000 untuk menanggung kos perbelanjaan ke Terengganu.
“Boleh tak nak pinjam RM1,000 dulu nak buat belanja balik raya sana. Nanti bulan-bulan dapat gaji saya bayar RM100,” ujar adiknya dengan nada berharap.
Namun, bagi lelaki tersebut, kini sudah tiba masanya untuk memberi kesedaran kepada adiknya tentang tahap literasi kewangan yang selama ini terlalu bergantung dengan orang lain hanya demi memenuhi kehendak untuk beraya walhal realitinya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
