Rata-rata netizen dari Indonesia, Singapura dan Brunei turut menyuarakan kekaguman mereka terhadap plot dan jalan cerita yang penuh dengan emosi dan konflik yang nyata relevan untuk semua.
Apa yang lebih menarik, beberapa klip pendek mengenai drama ini menjadi viral sehingga segelintir penonton dalam kalangan kaum Cina dan India memberi reaksi yang agak panas, hingga ada yang ‘marah-marah’ dan ‘geram’ dengan watak yang terdapat di dalam drama ini!
Satu lagi pencapaian menarik yang perlu diberi perhatian, ‘Aku Bukan Ustazah’ berjaya menarik minat kelompok golongan lelaki daripada pelbagai peringkat umur, termasuk abang-abang motor yang selama ini mungkin tidak begitu terdedah dengan drama Melayu! Berdasarkan beberapa video viral sebelum ini, kita boleh lihat betapa drama ini berjaya ‘mengikat’ hati mereka.
Satu lagi aspek yang membuatkan drama ini berbeza dan terus menjadi fenomena adalah keberkesanan setiap karakter, baik watak utama mahupun watak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: