PUTRAJAYA – Al Ansar IBS PLT meluaskan rangkaian pemasarannya ke Sabah mulai bulan ini, dengan kawasan tumpuan di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin berkata, melalui inisiatif tersebut, syarikat mengunjurkan jualan sebanyak 20 unit banglo dengan nilai unjuran projek sebanyak RM5 juta.
“Melalui perluasan perniagaan ini, kami menawarkan diskaun yang menarik kepada pelanggan.
Syarikat juga akan menawarkan tiga rekaan unit banglo iaitu Maria dengan dua bilik tidur dan satu bilik air, unit banglo Nabilah dan Velvet masing-masing mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan harga tawaran antara RM170,000 hingga RM320,000 selepas diskaun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah bagi meraikan kakitangan syarikat serta vendor industri pembinaan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Selain itu, pada majlis tersebut, syarikat telah melancarkan promosi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: