CYBERJAYA – Al Ansar IBS PLT (Al Ansar) mengunjurkan jualan untuk dua kempen yang sedang berlangsung sehingga 22 September ini bakal menjana hasil sebanyak RM8 juta.
Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, melalui kempen Promosi Merdeka Bina Banglo IBS d Promosi Merdeka Sabah yang diadakan serentak, syarikat dijangka membina sehingga 35 unit banglo.
“Sebanyak 15 unit banglo dengan jualan RM3 juta dijangka diperoleh daripada kempen Promosi Merdeka Bina Banglo IBS di Semenanjung, manakala 20 unit banglo bernilai RM5 juta lagi dijana daripada jualan di Sabah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Selain itu, Pengurus Besar Al Ansar, Mohd. Farizal Tumiran berkata, sepanjang promosi tersebut, Al Ansar menawarkan harga kediaman di bawah RM200,000 sebuah selepas diberikan potongan harga sebanyak lapan hingga 10 peratus.

“Terdapat beberapa kategori kediaman dan antaranya adalah jenis Melur yang mempunyai tiga bilik tidur dan satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: