Site icon Kool FM

ALAM Malaysia Cipta Sejarah, Raih Anugerah Emas Pertama Di Andong International Maskdance Festival 2025

ALAM Malaysia Cipta Sejarah, Raih Anugerah Emas Pertama Di Andong International Maskdance Festival 2025


Pasukan ALAM Malaysia mencipta sejarah buat negara apabila berjaya meraih Gold Prize dalam Kategori Kumpulan di Andong International Maskdance Festival 2025, sekali gus menjadi kemenangan pertama Malaysia selepas lebih 13 kali penyertaan dalam festival bertaraf dunia itu. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bermodalkan Kurang RM200, Pelajar & Juruteknik Menang Hadiah 1kg Emas Bernilai RM500,000

Platform seni bertopeng paling berpengaruh

Festival yang berlangsung dari 26 September hingga 5 Oktober lalu di kota budaya Andong, Korea Selatan, dianjurkan oleh Korea Spiritual Culture Foundation, dan dianggap sebagai antara platform seni bertopeng paling berpengaruh di dunia. 

Edisi tahun ini menghimpunkan pasukan persembahan dari New Zealand, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, Latvia, Rusia, Mongolia, Sri Lanka, India, Itali, Turkiye, Mesir, Romania, Lithuania, Bolivia, Jepun, Thailand dan banyak lagi, menjadikannya pertemuan budaya terbesar di Asia Timur bagi tahun 2025.

Kategori berkumpulan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version