Setiap insan bakal diberi ujian di dalam kehidupan untuk melihat sejauh mana kebergantungan kepada Sang Pencipta. Kita yang menganut agama Islam sudah diajar untuk menempuhi segala ujian dengan tabah.
Bagaimanapun, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki yang mengeluh tentang hidupnya yang sentiasa diuji oleh Allah S.W.T sehingga sanggup mengambil drastik untuk murtad di dalam satu siaran langsung yang dirakam oleh netizen.
Di dalam video itu, lelaki terbabit memperkenalkan namanya serta agama yang dianuti selama ini iatu Islam. Kemudian, dia menegaskan mahu keluar dari Islam dan mahu orang ramai mengetahui akan status ketiadaan agama yang diamalkan lagi.
“Aku nak keluar daripada Islam, aku tiada agama,” katanya berulang kali di dalam siaran langsung di TikTok pada ketika itu.
Keluhnya, hidup peribadi sentiasa diuji bermula dari kecil sehinggalah ke hari ini. Malah, dia seperti mempersoalkan mengapa sentiasa diberi ujian oleh Sang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
