Site icon Kool FM

Alex Ferguson Berterima Kasih Kepada Nasser Al Khelaifi Sebab PSG Tewaskan ‘Boring Arsenal’

Alex Ferguson


Nama Sir Alex Ferguson kembali jadi bualan selepas laporan mendakwa legenda Manchester United itu menghantar mesej kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, sejurus selepas final Liga Juara-Juara antara PSG dan Arsenal.

Menurut laporan Ben Jacobs dari CBS, Sir Alex Ferguson pada awalnya hanya menelefon bos besar PSG itu untuk menghantar ucapan tahniah kepada PSG atas kejayaan mereka menjulang trofi.

Namun, mesej itu kemudian mencetuskan perdebatan kerana ada laporan menyatakan beliau menyifatkan Arsenal sebagai “boring” atau membosankan serta tidak layak menjadi juara.

Ferguson memuji PSG sebagai pasukan yang lebih menyerlah dan “bermain bola sepak sebenar”. Sedangkan Arsenal terlalu bertahan dan tidak menyerang sepanjang perlawanan.

Arsenal hanya sekitar 25% penguasaan bola, hanya 1 percubaan tepat sepanjang 120 minit. Berbanding PSG yang lebih mengawal tempo permainan dengan penguasaan 75%.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version