Kool FM

Alex Marquez Ungguli Perlumbaan Sprint


Perlumbaan Sprint di saingan Grand Prix Malaysia 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menjadi milik Alex Marquez daripada Gresini Racing MotoGP.

Pelumba dari Sepanyol itu mempamerkan prestasi meyakinkan untuk meninggalkan dua pencabar terdekat yang bermula di petak hadapan iaitu Jorge Martin dan Francesco Bagnaia.

Artikel Berkaitan:

Bermula di petak keempat tidak langsung menghalang pecutan Marquez yang cukup bertenaga untuk mengejar Martin bagi menduduki tempat kedua di selekoh pertama pusingan ketiga.

Kredit Foto: Amer Moose I The Vocket

Tekanan dilakukan Marquez terhadap Bagnaia membuahkan hasil pada pusingan keenam sekali gus membolehkan beliau mengambil alih tempat selaku pendahulu perlumbaan.

Selepas itu, Marquez tidak lagi menoleh ke belakang untuk menjuarai saingan dengan catatan masa 19:58.7130 saat.

Dengan kemenangan tersebut, Marquez menambah 12 mata untuk 129 mata keseluruhan bagi kategori MotoGP manakala Martin mengumpul 385 (tambahan sembilan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version