Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebaik sahaja berjaya mengemudi skuad kendaliannya muncul juara Piala AFF Suzuki 2020, Alexandre Polking kini mensasarkan untuk melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Kejayaan manis di Singapura itu hadir hanya selepas beberapa bulan Polking dipilih sebagai pengganti kepada jurulatih terdahulu, Akira Nishino yang dipecat berikutan kegagalan Thailand melangkah ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.
Berbekalkan dengan kekuatan penuh dimiliki dalam saingan Piala AFF tempoh hari serta sudah arif tentang selok-belok bola sepak di Thailand, Polking jelas tidak mensia-siakan kepercayaan penuh yang diberikan pengurus pasukan, Nualphan Lamsam terhadapnya.
Thailand bukan sahaja muncul juara buat kali keenam, malah skuad Gajah Perang itu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan dan berjaya meledakkan 18 gol dengan Teerasil Dangda dan Chanathip Songkrasin turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: