
Alexis Mac Allister mengakui dirinya kecewa selepas Liverpool memaklumkan bahawa kelab itu tidak berada dalam kedudukan untuk menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pemain tengah Argentina itu difahamkan bakal meninggalkan Anfield apabila kontrak semasanya berakhir.
Mac Allister bagaimanapun menegaskan dia tidak akan membiarkan kekecewaan tersebut mengganggu komitmennya bersama Liverpool.
“Saya menerima berita bahawa kelab tidak berada dalam kedudukan untuk menawarkan saya kontrak baharu.
“Ia membuatkan saya berasa sangat, sangat sedih kerana semua orang boleh melihat saya memberikan 100% untuk kelab bola sepak ini setiap hari dalam sesi latihan.
“Saya sentiasa memberikan yang terbaik,” katanya.
Dia menambah: “Saya tak nak sebut perkara yang mereka tak pernah katakan. Namun apa yang saya tahu daripada ejen saya, Liverpool tidak berminat melanjutkan kontrak saya.
“Jadi, seperti saya katakan sebelum ini, ianya benar benar menyedihkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
