Site icon Kool FM

Alicia Amin Protes, Penganjur KL Fashion Week Didakwa Gagal Bayar Model?


Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan Alicia Amin membawa sebuah kadbod dengan kata-kata protes diatasnya.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Video yang berlegar di media sosial Twitter dan Instagram peribadi Alicia Amin sendiri memaparkan dakwaan bahawa pihak Kuala Lumpur Fashion Week didakwa gagal menjelaskan bayaran model.

“Semua model tahun ini akan dibayar dalam sehari.

“Mereka yang masih menunggu bayaran dari Andrew dari tahun-tahun sebelum ini, datang bercakap dengan saya,” kata Alicia.

Difahamkan bahawa Andrew yang dimaksudkan oleh Alicia adalah Andrew Tan, pengasas kepada KLFW yang kini sedang berlangsung di pusat beli belah Pavilion KL.

Video yang berdurasi beberapa saat itu kemudiannya tular di media sosial. Kelihatan juga beberapa gambar di mana Alicia sedang berbincang sesuatu dengan Andrew dan kemudiannya beliau dihalau oleh pengawal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version