Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Alieff Irfan – ‘Isteri Saya Seorang Yang Penyayang’

today1 April 2026

Background
Alieff Irfan Ulas Video Isteri Melutut Mohon Maaf Dengan Pembantu Rumah – ‘Tanda Hormat Dengan Orang Tua’


Pempengaruh dan pelakon, Alieff Irfan tampil mengulas mengenai video tular memaparkan isterinya, Nabilah Aliah yang melutut meminta maaf kepada pembantu rumah mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersentuh Tengok Warga Emas Gigih Kerja Dengan Jalan Bongkok, Isteri Alieff Irfan Hadiahkan Kereta

Tanda hormat

Alieff, 29, berkata, meskipun mereka berstatus majikan, tindakan isterinya itu mencerminkan adab seorang yang lebih muda dalam menghormati individu yang lebih berusia.

Pembantu rumah itu sudah bersama kami lebih kurang lima tahun. Walaupun kami majikan, tetapi sebagai orang yang lebih muda, kita tetap perlu melutut dan memohon maaf kepada yang lebih berusia.

Ini kan hari raya, sudah pasti kita akan saling bermaaf-maafan. Apa yang isteri saya lakukan itu adalah tanda menghormati orang tua.

Alieff berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangkar yang berlangsung di Metrowealth (MIG), Petaling Jaya, pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post