Kool FM

Aliff Syukri Perlu Bayar RM250,000 Kepada Abdul Kadir


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Zakat Pun Nak Sakau? Kau Punca Orang Merayu Minta Bantuan Tapi Tak Dapat’ – Aliff Syukri

Bayar ganti rugi

Bayaran ganti rugi itu adalah berhubung kes saman fitnah melibatkan dakwaan berkaitan hutang pelaburan bernilai puluhan juta ringgit.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Roslan Mat Nor selepas mahkamah membenarkan tuntutan yang difailkan Abdul Kadir selaku plaintif terhadap Aliff Syukri sebagai defendan.

Selain ganti rugi, mahkamah turut mengarahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif.

Mahkamah turut menetapkan beberapa perintah lanjut, termasuk melarang defendan, sama ada secara peribadi atau melalui wakil dan ejennya, daripada menerbitkan atau menyebarkan semula kenyataan yang menjadi pertikaian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version