Tambah Allan, dia ingin cuba mengembangkan bakat di Malaysia.
“Saya bersyukur kerana mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia. Peminat di sini memberikan respons yang sangat baik. Jadi, saya mahu mencari tapak mengembangkan lagi kerjaya di Malaysia yang sudah saya anggap sebagai rumah kedua.
“Saya berharap ada rezeki saya untuk ke peringkat seterusnya dan menjadi finalis Calpis Soda OIAM,” ujarnya.
Selain Kuantan, uji bakat pencarian penyanyi yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta ini turut diadakan di Kuching, Sarawak hari ini dan esok.
Uji bakat Calpis Soda One In A Million akan diteruskan pada hujung minggu ini di Kuantan City Mall, Pahang dan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 dan 24 November 2024.
Penyanyi Haqiem Rusli bakal turut serta dalam membuat persembahan untuk pengunjung uji bakat Calpis Soda OIAM di Kuantan, Pahang dan penyanyi Sufian Suhaimi di Kuching, Sarawak.
Barisan juri di Kuantan pada hari pertama akan menampilkan Indah Ruhaila dan Sarah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: