Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Allianz Malaysia catat pendapatan insurans RM1.52 bilion suku kedua

today26 August 2025

Background


PETALING JAYA –  Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) merekodkan pendapatan insurans sebanyak RM1.52 bilion untuk suku kedua tahun 2025, meningkat sebanyak 10.9 peratus daripada RM1.37 bilion yang
dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas menerusi pendapatan insurans yang meningkat menerusi kedua-dua segmen insurans am dan insurans hayat.

Sehingga tahun ini, pendapatan insurans Kumpulan adalah sebanyak RM3.05 bilion naik 12.6 peratus lebih tinggi daripada tempoh kewangan sebelum ini yang berakhir pada 30 Jun 2024.

Jumlah Premium Bertulis Kasar (GWP) meningkat kepada RM3.91 bilion untuk tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2025 daripada RM3.61 bilion setahun yang lalu.

Jumlah Aset Kumpulan pada 30 Jun 2025 adalah sebanyak RM29.47 bilion berbanding RM28.49 bilion pada 31 Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, pihaknya berbangga  dengan prestasi yang dicatat pada suku tahun ini, yang mencerminkan dedikasi dan tumpuan strategik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post