Site icon Kool FM

ALP labur RM500 juta untuk projek pembangunan Omega 2


PETALING JAYA – Ally Logistic Property (ALP), pemaju dan pengendali infrastruktur logistik pintar yang berpangkalan di Taiwan, melabur kira-kira RM500 juta untuk projek pembangunan kemudahan rantai sejuk pintar binaan khas pertamanya di negara yang dikenali sebagai Omega 2 Shah Alam.

Kemudahan yang berkeluasan 3.6 hektar itu dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2028.

Pengarah Urusan ALP Malaysia, Bryan Yeo berkata, Omega 2 Shah Alam akan menjadi kemudahan rantai sejuk AS/RS berbilang tingkat pertama di Malaysia yang dibina oleh pemaju.

Kemudahan ini direka berdasarkan model pelbagai ­penyewa yang akan membo­lehkan pelbagai rantaian bekalan beroperasi dalam ekosistem infrastruktur bersama bagi mengurangkan pertindihan aset logistik.

Ia juga direka sebagai hab logistik pelbagai suhu dan kemudahan ini akan menyepadukan zon penyimpanan ambien, berhawa dingin, sejuk dan beku untuk ­menyokong keperluan sektor makanan dan minuman, farmaseutikal, peruncitan serta e-dagang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version