KUALA LUMPUR – Pembuat dan pengeluar logam berharga, Alpha Nagara Sdn. Bhd. menyasarkan pelaburan berjumlah RM60 juta menerusi kerjasama platform pendanaan ramai (P2P) patuh syariah, P2P Nusa Kapital Sdn. Bhd. dan syarikat amanah, Rakyat Trustee Berhad.
Pelaburan tersebut bakal dipecahkan kepada pelaburan kecil berjumlah RM5 juta sebulan, bagi tempoh 12 bulan.
Ia bakal dimanfaatkan bagi tujuan modal kerja dan meningkatkan kapasiti pengeluaran Alpha Nagara, terutamanya melibatkan pembelian bahan mentah.
Sementara peranan dimainkan oleh Rakyat Trustee adalah sebagai pihak ketiga yang mengawal selia dan memantau pelaburan yang dibuat, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur.

Pengerusi Alpha Nagara, Syed Mahadzir Fadaak berkata, kerjasama ini bersesuaian dengan keunikan syarikatnya yang memiliki kilang memproses emas di Shah Alam, yang memiliki kapasiti untuk memproses sehingga satu tan emas sebulan.
“Proses pendanaan ini adalah untuk membeli emas termasuk emas mentah dan emas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
