PETALING JAYA – Platform pembiayaan pelaburan, Alphacapital (M) Berhad (Alphacapital)mengumumkan kerjasama dengan syarikat perlombongan dan komoditi, Arifa Dynamic Sdn. Bhd. (Arifa Dynamic) untuk melaksanakan operasi melombong pasir silika di Setiu, Terengganu.
Menerusi kerjasama berkenaan, Alphacapital akan menyediakan pembiayaan untuk membangunkan ekosistem perlombongan dengan sasaran untuk menjual kira-kira 600,000 metrik tan pasir silika setiap tahun, melibatkan anggaran nilai lebih RM30 juta.
Pasir silika merupakan bahan mentah utama yang digunakan dalam pelbagai industri termasuk pembuatan kaca dan logam serta pengeluaran kimia.
Operasi penuh bakal bermula pada Januari depan dengan aspirasi untuk menempatkan Malaysia sebagai pengeluar pasir silika terkemuka bersama-sama China, Taiwan, Korea Selatan dan Australia.
Pengarah Arifa Dynamic, Wan Aliff Nasrul Hakim berkata, kerjasama Alphacapital membolehkan pihaknya meningkatkan operasi pada skala lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: