PETALING JAYA – Pembekal alat perubatan, Altica Sdn. Bhd. (Altica) menyumbang 1,000 kit ujian Covid-19, Core tests Neutralizing Antibody (Core tests) yang berfungsi mengesan kehadiran antibodi peneutralan buat petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin lengkap di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) .
Pengarahnya, Dr. Asnawi Ahmad berkata, ujian tersebut penting bagi memastikan kadar antibodi peneutralan yang dihasilkan selepas dos vaksinasi lengkap sentiasa berada pada tahap optimum dan mempu melindungi petugas.
“Sumbangan ini diharap dapat membantu petugas barisan hadapan HCTM memastikan mereka sentiasa mempunyai sistem imun yang optimum ketika membantu pesakit.
“Kit ujian Core tests adalah antara yang pertama seumpamanya di Malaysia dan telah melalui ujian penilaian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia pada Mei lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: