
Penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek memaklumkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perniagaan selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Suntik Semangat SPM, PTTI Sumbang RM100,000 Bantu Pelajar Muar
Sambung belajar


Alyssa, 18, berkata minat mendalam terhadap dunia bisnes selain dorongan kedua ibu bapanya menjadi antara faktor utama dia memilih bidang tersebut sebagai hala tuju pendidikan.
Saya cadang melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan. Jika tiada halangan, insya-Allah saya akan sambung hingga ke peringkat ijazah dalam bidang yang sama.
Saya memang minat bisnes dan pada masa sama mendapat nasihat daripada ibu bapa untuk mendalami bidang ini.
Alyssa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Aspirasi PTTI 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Berkongsi rahsia kejayaannya, Alyssa menekankan kepentingan motivasi diri serta persekitaran yang positif amat penting dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: