Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Amal, Siti Khadijah serah kit perjalanan kepada bakal jemaah haji

today14 May 2024

Background


PETALING JAYA – Amal by Malaysia Airlines (Amal) telah be­kerjasama dengan Siti Khadijah menyumbang barangan kelua­ran syarikat tersebut dan juga kit perjalanan kepada 284 bakal jemaah haji di Kompleks Tabung Haji di Sepang baru-baru ini.

arangan berupa kelengkapan dan keperluan ibadah haji yang bernilai RM200 setiap satu itu disumbangkan kepada penumpang untuk pesawat KT05.

Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan jemaah bakal haji pertama yang menaiki Amal dan melalui pro­ses daftar masuk di kompleks tersebut untuk penerbangan terus ke Madinah.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin berkata, kerjasama tersebut bakal membuka ruang dan pe­luang bagi syarikat untuk menambah keselesaan beribadah bagi bakal jemaah haji.

“Inisiatif kerjasama antara Siti Khadijah dan Amal telah mengambil masa lebih daripada setahun dan kini kami telah berjaya merealisasikan misi masing-masing untuk meraikan bakal jemaah bagi musim haji kali…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post