ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Aman Lagenda Sdn. Bhd. berkolaborasi dengan Seterra Holdings Sdn. Bhd. bagi membangunkan perkampungan persaraan antarabangsa di Asia Tenggara.
Kerjasama itu bakal menyaksikan pelancaran perkampungan berinspirasikan islamik pertama Asia Tenggara, Aman Seterra Sanctuary yang akan dibangunkan di kawasan seluas lebih lima hektar di Temoyong, Langkawi bermula tahun depan.
Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, projek berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2028 selari dengan perkembangan Ekonomi Perak, iaitu sektor ekonomi baharu berskala global.
“Pembangunan projek ini dijangka menghasilkan pendapatan melebihi AS$9.1 trillion (RM40.13 trillion) menjelang 2029. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, negara melepasi ambang ‘Masyarakat Menua’ pada 2024, sekaligus mempercepat permintaan untuk perkhidmatan khusus bagi warga emas dan Aman Seterra Sanctuary…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
