Site icon Kool FM

Amanah besar buat Irkaz Travel


PETALING JAYA – Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd (Irkaz Travel) komited menawarkan perkhidmatan berkualiti untuk jemaah haji di bawah kendaliannya pada musim haji kali ini agar pelanggannya bukan sahaja selesa mengikuti jadual yang tersusun tetapi juga mendapat pengalaman beribadah yang cukup bermakna.

Pengarah Urusan Irkaz Tra­vel, Mohd. Zakri Mohamad Nor berkata, persiapan rapi telah dirangka agar perjalanan jemaah berjalan lancar dan pihaknya telah selesai menganjurkan Kursus Haji Perdana yang bertujuan untuk memberi pendedahan ­menyeluruh kepada jemaah mengenai ibadah haji daripada aspek teori dan praktikal.

“Syarikat akan terbangkan dua kumpulan jemaah yang akan diiringi oleh dua guru agama, bagi memastikan bimbingan yang lebih dekat, terperinci dan berfokus sepanjang perjalanan ibadah di Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Jemaah haji di bawah kelolaan Irkaz Travel dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada 7 Mei ini KT062B,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version