Site icon Kool FM

Amanah Saham Bumiputera bakal diumum pagi esok


PETALING JAYA – Esok adalah hari  yang ditunggu-tunggu  oleh kira-kira 10 juta pelabur  untuk mengetahui tentang kadar pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)  bagi tahun kewangan 2022.

Tahun lalu, agihan pendapatan bagi para pelaburnya adalah sebanyak 4.25 peratus dan bonus sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun 2020 adalah pada 3.50 peratus dengan bonus 0.75 peratus.

Angka 3.50 peratus bagi agihan pendapatan pada tahun pandemik itu adalah antara yang terendah pernah diumumkan oleh syarikat pelaburan terbesar di negara ini.

Rata-rata penganalisis meramalkan kadar agihan pendapatan dan juga bonus yang akan diumumkan pada pukul 11 pagi esok (Khamis 22 Disember ini), angkanya adalah hampir menyamai seperti tahun lalu atau kurang sedikit daripada paras tersebut.

Ini diambil kira daripada faktor prestasi pasaran ekuiti di seluruh dunia yang menyusut sedangkan majoriti pelaburan ASB adalah pada pasaran berkenaan.

Bagaimanapun,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version