
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah menegaskan parti itu tidak akan menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana enggan menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan komponen itu terhadap Pakatan Harapan (PH), merujuk kepada Langkah Sheraton pada 2020.
Naib Presiden Mahfuz Omar berkata kerjasama itu juga tidak perlu kerana PAS, antara pelopor MN telah menolak muafakat perpaduan bagi membentuk pentadbiran Putrajaya selepas PRU15.
“Untuk apa Amanah menyertai kalau untuk meruntuhkan sebuah kerajaan yang akhirnya merosakkan negara telah kita bina selama ini.
“Usaha PAS ini tidak berubah dan hanya semata-mata ingin merampas kuasa kerajaan mahupun porak-perandakan negara kita,” kata bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dalam podcast Keluar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
