Kool FM

Amazfit lancar jam tangan serba pintar bantu atlet berlatih, merentasi kekuatan stamina


PETALING JAYA – Amazfit telah melancarkan jam tangan dengan model terbaharu yang menggabungkan panduan latihan pintar yang dilengkapi dengan peranti Hyrox dan penjejakan prestasi lanjutan untuk membantu atlet berlatih dengan lebih bijak merentasi kekuatan, daya tahan dan pemulihan.

Produk Amazfit Balance 3 dan Amazfit Balance Ultra baharu, dengan Balance 3 yang telah tersedia di Malaysia direka untuk memenuhi keperluan masyarakat di negara ini yang semakin meningkatkan terhadap produk ekosistem Amazfit Hybrid Training.

Segmen tersebut akan menggabungkan kecerdasan Aplikasi Zepp dengan siri Balance untuk membantu pengguna lebih memahami bagaimana latihan, pemulihan, tidur, tekanan dan aktiviti harian berfungsi bersama.

Teras ekosistem ini adalah Amazfit Balance 3 dan Balance Ultra yang mana Balance Ultra berfungsi sebagai model utama, menampilkan binaan titanium Gred 5 dan reka bentuk premium yang beralih dengan lancar antara latihan, kerja dan kehidupan seharian.

Balance 3…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version