Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AmBank, AIM beri sumbangan kepada 500 keluarga asnaf

today14 April 2023

Background


PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mendekati masyarakat kurang berkemampuan dengan memberi sumbangan dalam bentuk hamper makanan bernilai RM75,000 kepada 500 keluarga asnaf di seluruh negara.

Kumpulan tersebut turut mengagihkan hamper bernilai RM90,000 kepada 600 pelajar B40 terpilih dari sekolah di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang bernaung di bawah Program Sekolah Angkat AmBank, yang ditugaskan oleh Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, melalui sumbangan tersebut diharapkan dapat me­ringankan beban dan ­me­ngurangkan kos perbelanjaan golongan penerima sumbangan tersebut.

“Kami di Kumpulan AmBank akan terus memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam komuniti dengan membawa senyuman di wajah mereka menerusi amalan-amalan mulia sebegini,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post