Site icon Kool FM

AmBank akhiri sambutan ulang tahun ke-50 dengan majlis makan malam


PETALING JAYA – Kumpulan AmBank mengakhiri sambutan ulang tahun ke-50nya
dengan majlis makan malam perdana di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang ditelah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis makan malam  itu mengumpulkan kepimpinan, rakan kongsi, pelanggan dan pengawal selia AmBank untuk memperingati lima dekad pertumbuhan, perkhidmatan dan sumbangan Bank tersebut.

Sempena memperingati jubli emasnya, majlis turut menampilkan pelancaran maskot unta AmBank dengan penampilan serba baharu, Aman.

Maskot itu pertama kali membuat penampilan sulung dengan kontinjen AmBank semasa Perarakan Kemerdekaan Negara ke-68, memaparkan intipati perpaduan,
kemajuan dan kebanggaan negara.

Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat,Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, makan malam perdana ini adalah peluang untuk menyingkap kembali pencapaian bank dan memberi penghormatan kepada insan-insan yang telah membentuk organisasi seterusnya memandang ke…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version