Site icon Kool FM

AmBank Ambil Alih Menara AmBank RM331 Juta Tunai

AmBank Ambil Alih Menara AmBank RM331 Juta Tunai


AmBank (M) Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh AMMB Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk mengambil alih Menara AmBank daripada AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) pada harga tunai RM331 juta, petik EdgeProp.

Bangunan pejabat pegangan bebas setinggi 46 tingkat yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan boleh sewa bersih (NLA) sebanyak 453,419 kaki persegi dan beroperasi dengan kadar penghunian pada tahap 77.8%.

AmBank kini merupakan penyewa utama yang menduduki kira-kira 65.6% daripada keseluruhan jumlah kawasan boleh sewa.

Pada asalnya dibeli oleh AmFIRST REIT pada tahun 2006, bangunan ini telah menjana pendapatan sewa berjumlah RM19.9 juta dan pendapatan hartanah bersih sebanyak RM9.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Penilaian Harga dan Terma Pembayaran

Harga pengambilalihan sebanyak RM331 juta telah dicapai atas dasar persetujuan bersama (pembeli…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version