Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AmBank biayai RM70 juta projek ladang solar Fabulous Sunview

today28 May 2025

Background


PETALING JAYA – AmBank Group melalui AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) telah meluluskan kemudahan perbankan bernilai RM70 juta kepada  Fabulous Sunview Sdn Bhd (FSSB), anak syarikat milik penuh Sunview Group Berhad (Sunview Group).

Kemudahan tersebut adalah untuk membiayai pembinaan ladang solar fotovoltaik dengan kapasiti 29.99 MWac di Sungai Petani, Kedah yang telah dianugerahkan oleh  Dayasinar Energy Sdn Bhd  di bawah Program Korporat Tenaga Hijau.

Program ini adalah salah satu inisiatif di bawah Suruhanjaya Tenaga  Malaysia yang bertujuan untuk mempercepatkan penyertaan korporat dalam tenaga boleh baharu.

Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan AmBank Group, Christopher Yap berkata, Kumpulan sedia menyokong FSSB dan Sunview Group melalui inisiatif ini.

“Menuju masa depan, kami kekal komited untuk mengukuhkan sumbangan kepada ekosistem tenaga boleh baharu dengan meneroka peluang pembiayaan berpotensi dalam program kerajaan pada masa depan,” katanya dalam kenyataan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post