Site icon Kool FM

AmBank, BSN anjur bengkel pembangunan keusahawanan


PETALING JAYA – AmBank (M) Berhad (AmBank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk mewujudkan bengkel pembangunan keusahawanan melalui Program Memperkukuh MSME (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) dalam memberi dorongan kepada MSME ke tahap seterusnya.

Program Memperkukuh MSME bertujuan untuk mempersiapkan peserta dengan ilmu celik kewangan, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan operasi dan pengetahuan transformasi digital.

Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada 200 MSME terpilih yang sebelum ini mendapat manfaat daripada Skim Pembiayaan Mikro BSN bagi meningkatkan tahap pertumbuhan perniagaan mereka dengan memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, menerusi perkongsian strategik dengan BSN, pihaknya berharap MSME bukan sahaja akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang keperluan pembiayaan, malah didedahkan kepada idea…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version