Site icon Kool FM

AmBank luluskan dana RM228 juta untuk projek CPI Land


PETALING JAYA- CPI Land melalui anak syarikatnya TNJ Development Sdn Bhd (TNJ Development) telah mendapat kelulusan kemudahan pembiayaan berjumlah RM228,000 daripada Kumpulan Ambank untuk membiayai sebahagian kos pembangunan bagi tiga projek hartanah terbaharu mereka di Kuala Lumpur.

Projek tersebut termasuk Tuan Heritag3 yang terletak di Segambut, di jangka siap menjelang suku keempat tahun 2028 serta dua projek hartanah akan datang di Bukit Permata dan Selayang Mulia yang mana masing-masing dimiliki oleh anak syarikat CPI Mulia Sdn Bhd dan CPI Asset Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan Ambank, Christopher Yap berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyokong CPI Land dalam usaha syarikat itu untuk terus berkembang dalam pasaran hartanah.

“Selain daripada tiga projek baharu yang kami biayai, kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini pada masa hadapan dan bekerja bersama pelanggan yang berkongsi matlamat yang sama dengan kami dalam mencapai impak sosial.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: