
KUALA LUMPUR – AmBank Group menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.8 peratus bagi tahun 2026, berbanding 4.5 peratus sebelum ini.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank, Firdaos Rosli berkata, pertumbuhan bakal disokong oleh langkah fiskal yang menyokong penggunaan isi rumah dan pembangunan infrastruktur, kitaran pelaburan global dipacu kecerdasan buatan (AI) yang mengukuhkan eksport elektrik dan elektronik (E&E), serta pelaburan berkaitan teknologi maklumat (IT).
“Unjuran kami mengambil kira pertumbuhan yang lebih sederhana pada separuh kedua 2026 apabila kesan kenaikan harga komoditi dijangka secara beransur-ansur dirasai dalam ekonomi global.
“Risiko luaran masih cenderung kepada kelemahan dengan ketidaktentuan berterusan.
“Sektor yang terdedah kepada kos input lebih tinggi serta gangguan rantaian bekalan akibat konflik di Asia Barat dijangka terus berdepan tekanan terhadap margin keuntungan,” katanya semasa Sesi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: